Sunday, February 6, 2011

Kenali Adobe Photoshop

photoshop.gifSiapa yang tak kenal dengan adobe photoshop? Sebuah perisian grafik bertujuan untuk pengeditan imej yang pasti tak diragukan lagi. Mahir photoshop, pasti wang terhasil melalui internet. Adobe Photoshop membuat orang puas, pasti membuat orang bercakap-cakap, boleh membuat orang geleng-geleng kepala, dan juga boleh membuat orang membayar mahal. Itulah Adobe photoshop.
Bercakap tentang Adobe Photoshop, pasti fikiran anda langsung terarah kepada Rekaan Grafik Berkomputer. Ya, ianya pasti suatu pengembaraan yang menyeronokan apabila kita semua mula sedar akan pentingnya teknologi Grafik Berkomputer ini di masa kini.
Photoshop memiliki tool-tool yang sangat banyak dan tak mungkin kita dapat menghafalnya dalam masa beberapa minit, atau hari bahkan bulan. Tapi kalau kita terbiasa dengan tool-tool tersebut, dijamin pasti ramai di antara kita semua yang cepat mahir. Ya… itu dia.. kuncinya cuma banyakkan latihan!
Bagaimana nak bermula?
Ikutilah blog ini dari semasa ke semasa.
Di dalam blog ini saya akan memasukkan artikel langkah demi langkah bermula dengan peringkat asas dahulu sehingga ke atas. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan dalam mempelajari Photoshop ini. Tanpa kesabaran sudah pasti anda sebenarnya mensia-siakan masa anda di internet. Fikir sebelum membuat keputusan yang benar.
Masih mau belajar?? Kenal dulu sama Photoshop… Tak kenal maka tak cinta bukan?



0 ulasan:

Post a Comment